Wednesday, November 26, 2014

JOURNEY TO THAILAND (Hatyai-Krabi-Phi Phi-Phuket) - day 2

Assalamualaikum,

Sambungan kepada perjalananku dari KL-Hatyai-Krabi-Phuket-Hatyai-KL. Hari kedua (26/10/14) aku berada di Hatyai setelah tiba semalam (25/10/14) pukul 11.00 pagi. Lepas puas ronda-ronda Hatyai semalam, its time to go somewhere else! Pengembaraan ku diteruskan ke Krabi pula dengan menaiki van yang telah dibooking awal2 semalam. Sorang dikira 250 baht. 

Pukul 8.00 pagi dah terpacak dekat lobi, akhirnya van datang tepat pukul 8.30 pagi depan guesthouse. Masa tu van tak penuh lagi adalah sorang minah African tengah tidur kat belah belakang. Van pun start depart and before meneruskan perjalanan ke Krabi, van stop at another guesthouses to catch other passengers. Lepas van dah penuh, maka perjalanan diteruskan ke Krabi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam. Half way, van berhenti dekat satu perhentian rehat untuk makan2 or pi toilet.

Ada restaurant Halal uolls.


Macam lauk kat malaysia je hihi


Disebabkan tak sarapan lagi, aku pun lunch kat perhentian ni. Nasib baik ada restoran halal, lauk-pauk pun style Melayu je.Sodap!

Kat perhentian rehat ni banyak jual jajan2 tempatan. Tapi i xbeli.

Sebelah perhentian rehat ada coffee shop.

Akhirnya, sampai jugak kat Krabi town lebih kurang dalam pukul 2.00 petang camtu. Van berhenti dekat area2 tepi sungai. Krabi town ni agak jauh lebih kurang 20 km dari tepi an pantai, if korang nak stay tepi pantai disyorkan stay dekat Aonang. Korang boleh request dekat driver van tu nak pergi Aonang, tapi kena tambah la bayaran, aku tak tahu pulak berapa baht. 100 baht rasanya. I choose to stay at Krabi town, sebab sat lagi nak sewa motor pusing-pusing and nak pergi Aonang.

Dah sampai Krabi!Oyeh!So sekarang misi mencari guesthouse pula. Ingat nak cari Good Dream Guesthouse seperti yang disuggest oleh Budak Letrik. Jalan punya jalan akhirnya jumpa Good Dream Guesthouse tu. Sebelah Good Dream Guesthouse ada satu lagi guesthouse, You Hostel. So aku decide nak stay You Hostel sebab nampak baru je, bau perabot kuat lagi hihi.

Mini swimming pool

Bilik-bilik. Hujung sekali toilet.

Masa check-in guesthouse ni, aku cakap awal2 tak nak bilik campur lelaki perempuan. So dapat la bilik untuk semua perempuan. Disebabkan nak jimat, aku pilih untuk stay bilik style hostel. Dah lama tak merasa katil double decker bilik kongsi2 ni. Last time masa kat asrama sekolah menengah dulu. I excited uolls. And confirm kongsi ngan foreigner ni. Coz masa check-in aku tak nampak batang hidung orang Malaysia pun huhu. 

Satu bilik 6 katil (double decker)

Untuk 2 malam harga bilik adalah 400 baht. Affordable benor uolls memang dalam bajet i. Pada masa yang sama aku pun booking untuk island hopping. Aku pilih pakej 4 Islands yang berharga 400 baht. Dan jugak aku booking siap-siap ferry untuk ke Phi-Phi Island yang berharga 240 baht.

Lepas ready with all the tickets, aku pun masuk bilik. Satu bilik ada 6 katil, nasib xde orang lagi dalam bilik tu so i pilih katil bawah and tepi tingkap. Nice! Lepas beberapa minit check-in bilik, masuklah minah African check-in bilik sama dengan aku. Eh ni minah yang naik van sekali tadi. Aku pun hai2, dia pun maybe recognize aku naik sekali van dengan dia. So kitorang pun borak2 kosong aku pun speaking English slang baik punya hehe. 

Lepas rehat2, dalam pukul 3 camtu aku pun menapak keluar untuk jalan2 merayau sekitar Krabi Town. Kawasan Krabi Town agak lengang, dan tak banyak sangat pelancong2 kat sini. Kebanyakkan pelancong yang datang ke Krabi akan stay dekat Aonang which is more lively and happening. Dekat Krabi Town ade Cimb Thai atm, so aku decide nak cash out duit barang 1000 baht. 

Lepas jalan2, aku pun decide nak sewa skuter untuk ke Aonang. Saja nak ronda2 hehe. Nampak satu kedai sewa motor ni, lepas tanya dia caj 1 jam 50 baht. Peh mahal. Time tu dah nak pukul 4.00 petang, aku decide nak pakai sampai pukul 9 malam camtu (5 jam). Kalau ikut kena bayar 250 baht untuk 5 jam, lepas nego2 dapat la 150 baht. Kalau sewa sehari lagi untung, lebih kurang 300 baht rasanya. Waktu kita menyewa skuter ni, diorang minta kita tinggalkan passport. Aku mula-mula tak nak bagi, ingat nak bagi lesen ke hape hehe. Passport ni ehmm macam keberatan nak bagi. Tapi last-last bagi gak.

Bawak skuter santai2 lebih kurang 25 minit sampai.

Me and the scoot. Wehuu!!!

Excited uolls bawak skuter. Rindu dengan skuter kat rumah, bila dapat bawak dekat Krabi dengan suasana kehijaun yang mengasyikkan lagi syok, I memang minah rempit so tak de hal nak bawak skuter pergi balik 40 KM. Alhamdulillah tak ade ape yang berlaku sepanjang perjalanan, risau gak yela i kan perempuan sorang2 pula tu ihiks.

Sesat barat jugakla, konon2 tak nak pakai waze, nak berpandukan peta yang dibagi oleh orang kat kedai motor tu je. Bawak punya bawak eh2 apasal kat Krabi Town lagi ni. Haha fed-up jugak aku pun bukak Waze dan menuju ke arah Aonang berpandukan Waze kat tangan sambil bawak skuter sebelah tangan. Terer tak haha.

On the way ke Aonang Beach, pemandangan memang cantik. Gunung-ganang yang indah, jalan pulak lengang memang layan haha. Aku pun bernyanyi-nyanyian sambil bawak skuter. Stop sekejap sebab nak selfie hehe. Ramai jugak mat2 salleh bawak skuter jalan2, sama kes macam aku jugak la kot nak menghirup udara segar. Tapi xdapat nak capture semua tu sebab xde camera pun mengharapkan handphone yang xcanggih ni punya camera je huhu.

Aonang beach. Tepi laut banyak gila guesthouse, restoran and gift shop.

Lepas melalui laluan berliku berpandukan Waze, akhirnya sampai ditepian pantai Aonang. Aku ingatkan Aonang beach ni macam ala-ala PD je, tapi sangkaan ku meleset. Dekat sini lebih happening, guesthouse jangan cerita memang banyak, kedai2 makan, pub, kedai cenderahati, bank2 dan macam2 lagi. Masjid pun ada. Senang cerita lebih meriah dari Krabi Town. Motor2 skuter dengan tut-tut memang bertebaran kat sini. Aku pun park motor dan decide untuk berjalan2 ditepian pantai.

Excuse the pic. Kinda blurry because of my shitty phone. Or maybe memang aku yang xde skill amek gambar hihi.


The beach. Kenapa air xjernih pun.

As the sun goes down.

Sambil jalan2 cuci mata, aku singgah sebentar beli nutella pancake. Sedap!!!Pastu beli t-shirt 1 <3 Krabi sebab kalo tak beli rasa macam tak de bukti yang pernah sampai Krabi. Haha? 

Jalan punya jalan eh dah pukul 8.00 malam. Omaigod dah gelap mula la rasa cuak coz aku nak kena ride balik ke Krabi Town. Rasa takut ada juga sebab jalan agak sunyi and gelap on the way nak balik. Tapi aku tawakal.

Dah gelap. Marilah pulang.

Aku pun start skuter dan on Waze untuk balik ke Krabi Town. Seram juga sebab on the way balik Waze bawak aku lalu jalan sunyi dicelah2 resort mewah dan celah kampung mana aku tak tahu huhu. Dah la sorang2, hui beraninya aku.

Selepas aku merempit selaju2 nya kerana nak cepat sampai, akhirnya sampailah aku ke Krabi Town lebih kurang pukul 8.30 malam. Lepas pulangkan skuter, aku pun jalan2 di sekitar Krabi Town untuk menikamati suasana malam and nak beli dinner sebab lapar. Last makan time kat perhentian on the way ke Krabi pukul tengahari tadi. Lapor! 

Lepas penat seharian ronda-ronda aku pun pulang ke guesthouse. Sampai je dekat meja receptionist, depa kata aku kena tukar bilik. Apekehel? Sebab bilik yang aku duduk tu dah ada group 6 orang masuk sekaligus kira satu geng la. So aku terpaksa pindah bilik. Masuk je bilik baru yakni bilik yang satu bilik 4 orang, tinggal katil atas je yang kosong. Wah aku tak suka dok atas!

Ok setakat ini sahaja hari kedua pengembaraan solo aku. Disertakan total damage for the day. Babai.

Brief summary for day 2


2 comments: