Sunday, November 23, 2014

HOW I START MY SOLO BACKPACKING - part 2

Assalamualaikum,


So nak sambung cerita macam mana diri ini boleh start solo backpacking. Actually lepas buat passport haritu, blurr jugaklah dalam sehari dua nak decide mana nak pergi. Yelah first time nak jalan sorang confirm la neves hehe..GOOGLE banyak gila membantu aku dari segi information and all. Sepanjang minggu aku pi kerja kebanyakkan dok menghadap laptop cari info, technician aku buat kerja ape kat workshop aku tak ambik tahu haha. Excited punya pasal. After segala macam pembacaan dari blog-blog backpackers semua, ok aku decide nak pi Thailand. Yelakan Thailand is the easiest country to go tak payah naik flight semua dah boleh sampai. Singapore pon boleh la jugak tapi kekonon nak lagi mencabar aku xmahu la pi Singapore, baik pi Thailand haha poyo. For the first time travelling solo ni memang aku dah decide tak mau amek flight sebab memang xde pengalaman naik flight sorang2 plus aku xmau pening-pening nak beli tiket sume lagipon bajet ciput haha.

So aku meneruskan lagi mengoogle dan membaca mana nak pergi. Kalau first timer ni memang kita kena banyak membaca especially pasal experience and tips dari orang lain. Yela dah nama zero experience, so kita tak tahu macam mane feel nye berjalan sorang ni, termasuklah the do's and dont's during travelling. Dalam banyak2 blog yang aku baca, blog BUDAK LETRIK ni yang paling best. Kenapa best sebab dia punya penceritaan sangat details which include transportation, harga, tempat dia stay semua ada. Oh ye aku refer dia punya itinerary (jadual) time dia pi Hatyai-Krabi-Phi Phi-Phuket-Hatyai. So pas baca dan yakin aku boleh buat macam mana yang dia buat, aku decide nak follow itinerary dia iaitu Hatyai-Krabi-Phi Phi-Phuket-Hatyai. yeay! Newbie macam aku ni elok benar la follow itinerary orang lain dulu, ha bila dah ade banyak pengalaman baru boleh buat sendiri lagi best and original gitu cewah! So dalam hati dah menjerit-jerit nak minta cuti dari bos..Hahaha part ni yang paling mencabar coz nak minta cuti dalam seminggu lebih mesti bos tanya macam2 and confirm dia suruh settle kan semua kerja sebelum approve cuti aku. Gile aku dibuatnya.

So sepanjang 2 minggu aku berhempas pulas settlekan kerja sambil memenuhkan ilmu didada apa yang aku nak buat sepanjang kat Thailand and sepanjang minggu tu jugaklah aku hari-hari dok tanya bos, bos bila nak approve cuti saya. Yela kalau xapprove macam mana aku nak berjalan hehe. Boleh dikatakan agak last minute jugakla coz tak sampai sebulan pon semua ni aku decide on the spot. So lepas bos dah approve cuti baru la aku boleh start buat my full itinerary. So cuti aku start 22/10/14 (time ni deepavali) sampai 2/11/14. 7 hari gaklah aku apply leave, haha yela cuti aku berlambak lagi kot baru confirm la katakan hihi. So masa cuti deepavali (22/10/14) aku pun balik la KL (kerja Perak jauh weh) dengan hati yang gumbira wahaha..

So bila cuti dah settle, baru la boleh beli tiket. Oh ye disebabkan aku memang dah decide xnak naik flight, so aku decide nak naik bas atau train dari Kl ke Hatyai. Mula-mula check dkt website KTMB tarikh2 yang kot2 available. Aku prefer seat yang ada katil tu. Last time aku naik masa nak pi Penang tu pun umur ntah2 darjah 1 kot, so konon2 nya nak mengimbau kenangan lalu la haha. Mak eh bila check tarikh 23-28/11/14 semua dah penuh. Seat yang duduk tu ada lah tapi takkan nak duduk lama2 kot keretapi lagi slow dari bas dalam 12-16 jam baru sampai Hatyai. So aku decide naik bas jela. So aku pun bergegas pergi Pudu kat kaunter Konsortium Bas Ekspress Semenanjung. Waktu perjalanan ke Hadyai boleh pilih samada pukul 9.15 AM, 10.00 PM, 10.30 PM, 11.00 PM dan 11.30 PM. Kalau tengok bas pagi ada satu ja yang lain malam. Pikir punya pikir aku pun decide nak bertolak hari Jumaat (24/11/14) pukul 11.30 malam. So akan sampai Hatyai pagi keesokkanya so senang la nak bergerak sebab siang haha. Harga RM 53.00. Ok la tu murah jugak. Kalau nak beli online pun boleh pergi website KBES.

Bila dah beli tiket semua baru la rasa kedebaran yang sebenar. Dalam hati kata eh betul ke apa yang aku nak buat ni. Of course family aku tahu tapi last minit baru diorang tahu kena marah la jugak tapi aku minta diorang doakan yang baik2 je. Bukan nak pegi buat jahat pun nak pegi jalan2 je hihi. Maka next step baru boleh buat jadual perjalanan betul-betul. Of course aku still refer blog BUDAK LETRIK tapi still juga kena buat research utk accomodation, or transport mana yang murah. Dalam masa 2 hari sebelum tarikh bertolak, bertungkus lumus aku baca and catat dalam buku jadual perjalanan semua. Tak dilupakan senarai barang yang nak kena bawak kang ade yang tercicir xde mood pulak I nak berjalan hehe..

Buku nota yang sentiasa ada dalam beg. 


Itinerary yg sangat simple. Tapi cukup setakat untuk mengingatkan kita perkara penting yg perlu dilakukan, contoh macam booking tiket, tarikh berlepas and etc.

Bila free catat balik perbelanjaan harian. Tapi aku tahan buat sampai hari ke-2 je. Haha tak displin lansung.


Selain dari tiket bas KL-Hatyai, aku juga booking siap-siap bilik untuk stay kat Hatyai nanti. Lepas go through macam2 website seperti Agoda.com, booking.com dan byk lagi website untuk tempah bilik hotel or guesthouse, akhirnya aku booking single room at Cathay Guesthouse through Agoda.com. Harga lebih kurang RM 28.30 per night. Tapi kalau check-in direct kat guesthouse harga RM25 je. Tapi ok la still dalam budget aku bawah RM30 per night. Aku booking siap2 sebab tak nak kelam kabut bila sampai Hatyai nanti, confirm time tu aku penat gila semalaman dalam bas, dengan first time nya lagi, so kalau booking siap2 rasa secure la konon. Hehe.

Lepas booking dapat resit dan simpan dalam smartphone sebab malas nak print.

So lepas semua aku rasa dah settle, baru boleh tidur dengan lena dan menanti detik2 untuk solo backpacking aku for the first time ever. Haha poyo padahal Thailand je. Ah Thailand pun Thailand la janji aku keluar dari Malaysia ni hihi. Walaupun keputusan yang aku buat untuk solo backpacking ni agak tergesa-gesa dan tanpa desakan dari anasir-anasir luar, aku sangat bersyukur kerana akhirnya aku berjaya keluar dari kepompong hidup aku yang membosankan tanpa adventure selama ini. Haha whatever. Ok thats it. To be continued dengan kembara solo backpacking aku ke Thailand at the next post. Adios.



1 comment: