Wednesday, November 26, 2014

JOURNEY TO THAILAND (Hatyai-Krabi-Phi Phi-Phuket) - day 1

Howdy everyone,


Last month adalah hari bersejarah bagi aku. Haha dramatik. I've made a life changing decision , which is solo backpacking to Thailand. To be exact KL-Hatyai-Krabi-Phuket-Hatyai-KL. Kenapa life changing? Sebab walaupun baru je sebulan balik aku dah gatal kaki dah nak pi travel lagi. Dulu life aku tak macam ni. Dulu aku rasa travelling adalah untuk orang yang banyak duit, tapi sekarang aku rasa travelling/backpacking must be a part of my life. Duit boleh cari, but experience and memories, its far more valuable. But of course nak travel kena ade duit. Haha.


My route for 7 days

Anyhow, lepas aku rasa preparation dah mantap semua, maka tanggal 24/10/14 hari Jumaat pukul 10.00 malam aku pun bergerak pergi ke Puduraya. Disaksikan malam dan bintang, aku suruh adik aku hantar gi pudu naik skuter hehe. Nasib baik bawak backpack, dah nama backpacker kental cewah. Apa barang bawak beg beroda puih.

Bas pukul 11.30 malam dari Pudu ke Hatyai, pukul 10.30 malam aku dah tercongok depan platform 12. Semangat weh. Setelah sesi bye2 dengan adik aku yang dah pau sedozen Dunkin Donut, pukul 11.15 malam aku pun naik bas. Ada satu geng makcik2 ni aku syak mesti nak shopping kat Hatyai ni. Ade jugak geng bro2 dalam 3 orang, nak tegur segan hehe. Aku je seorang wanita yang berseorangan pergi Hatyai malam2. 

Tepat 11.30 malam, bas pun bertolak dengan jayanya. Gembira tak terkata haha. Tapi gementar tu ada first time ni weh. Ok bas pun masuk tol Duta dan melalui Highway Utara-Selatan. Aku nak tidur pun tak boleh sebab sejuk gila. Aku sengaja pilih seat single depan sekali betul2 menghadap cermin depan konon-konon nak nampak jalan nak amik feel la tuh puih. Bas aku pilih satu tingkat je, dekat seat siap ada selimut. Hahaha. 

Ada la aku terlelap jugak tapi most of the time aku tak boleh nak tidur pun, sejuk and neves. Pukul berapa ntah bas ada stop dekat RnR mana tak ingat, kat sini ada sorang lagi driver naik. Tukar driver la kot, separuh perjalanan driver lain pulak yang drive. Maybe driver baru ni orang Siam ntahla. Akhirnya dalam pukul 6.00 pagi macam tu, akhirnya bas pun sampai di kawasan rehat Bukit Kayu Hitam. Kat sini driver akan minta kita punya passport, and then dia akan uruskan Arrival Card kita untuk masuk ke Thailand. Dia suruh kita pegi makan, ke nak solat ke, nak terkucil ke time ni la. Time tu pun dah subuh so boleh la solat subuh. Surau ada kat sini. Money changer pun ada. Dalam poket time tu adela dalam 3000 baht (RM 300) and RM 200. So aku decide nak tukar 1000 baht la konon-konon langkah keselamatan. Almost 2 jam jugak lah berhenti, aku pun dah naik bosan. Oh ya mesti korang fikir awat sikit sangat bawak duit? Hehe sebenarnya memang plan nak bawak cash sikit konon tak nak over spend, but in case of emergency aku dah siap2 Activate kan Overseas ATM/Debit Card Spend & Withdrawal CIMB aku. Maka boleh la keluarkan duit guna debit card sesuka hati sebab kat Thailand especially Krabi and Phuket berlambak je CIMB Thai. Tapi kena active kan dulu ye either you can call service centre atau buat je kat CIMB Clicks. 

Arrival card untuk masuk ke Thailand 

Lepas 2 jam berlalu dalam pukul 8.00 pagi camtu bas pun mula bergerak. Next destination is Bukit Kayu Hitam Immigration. Dekat sini kita akan turun dari bas tak perlu bawak beg semua. Untuk rakyat Malaysia line up je kat Autogate ni to scan the passport. 

Bang nama sape? Tanyaku dalam hati hihi.

Lepas Bukit Kayu Hitam Immigration, kita akan melalui pula Immigration Sadao, Thailand. Tak jauh pun dalam 15 minit macam tu. Dekat sini barulah kena bawak turun segala mak ayah beg semua and passport kita untuk dicop. Tak dilupakan Arrival Card kita tadi. Tapi tak de pulak dia scan beg. Aku pon konfius, dah la sorang2, aku just follow the flow lah hehe. Lepas settle semua naik bas balik dan bas pun mula bergerak dari Sadao ke pekan Hatyai. Dari Sadao ke pekan Hatyai lebih kurang dalam 30 minit. 

Camera phone tak berapa nak canggih huhu..Ni dah masuk pekan Hatyai.


First time tengok Tuk-Tuk haha batak gila rasa.


Fuyoo bahasa siam haha..

Dalam pukul 11.00 am (waktu Malaysia, 10.00 am waktu Thai) camtu akhirnya bas pun stop depan Lee Garden Plaza hotel dekat pekan Hatyai. Turun je dari bas aku pun dengan segera ke kaunter Konsortium Bas Ekspress betul2 dekat depan hotel. Kat sini aku beli terus tiket bas balik hari Khamis (30/11/2014) pukul 7.00 pm which is bas paling terakhir. Harga tiket balik murah sikit, RM 45. Depan kaunter tiket ni ada pulak minah jual simcard siam, aku memang dah aim nak beli DTAC Happy Tourist Sim harga dalam 299 baht. Boleh aku pakai untuk on Wassap Facebook Youtube sume. Sim ni sangat sesuai untuk traveller, with unlimited internet for 7 days and 100 baht call credit. Ok lah tu.


DTAC Happy Tourist Sim (pic from google)

So lepas minah yang jual sim tu tolong set kan simcard dalam phone, maka aku teruskan perjalanan untuk mencari Cathay Guesthouse. Aku dah book awal2 guesthouse ni dekat Agoda. Oh ye lupa, waktu dekat Thailand ni satu jam lewat dari Malaysia, and waktu solat sama je dengan Malaysia. So sonang den hehe.

I wish I have good camera to capture all these huhu

Sesat jugakla nak cari Cathay Guesthouse ni. Tapi xpe kat sini berlambak2 orang Malaysia so aku tak risau sangat. Cumanya badan dah letih perut pun dah lapar, tengah merayau2 sambil on Waze dalam fon, terjumpa la satu restorant ni, Restorant Kelantan. Aku pun masuklah melangkah, ramai jugak orang Malaysia makan kat sini, macam bikers je. Semua jantan pulak tu, aku jadi cam malu sekejap, yelah sensorang pula. Tapi dalam hati aku berkata, nak jadi solo backpacker tak boleh ada perasaan malu, so aku pun letak beg dan meluru ke bahagian makanan dan pilih lauk. 

Makanan emm ok la no bad aku pilih rendang ayam tapi manis gila. Makan campur air dalam 70 baht. Lapar punya pasal aku bedal juga sambil borak2 ngn sorang abang Pattani ni. Nama apa ntah nasib dia boleh cakap Melayu and Islam. Lepas habis makan abang ni offer aku hantar ke Cathay Guesthouse naik Tuk-Tuk, ok la tu aku pun tak larat nak jalan hihi. Tapi ni bukan free ok kena bayar 20 baht hehe.

Lepas dah sampai tu abang tu tanya apa nak buat lepas ni aku cakap tak tahu lagi nak rehat dulu. Hahah pastu dia tanya minat masuk club tak, ah dia ajak aku pi club pulak. Aku pon blah la laju2 ape lagi malas nak layan. Aku pun check-in guesthouse and cakap kat receptionist tu aku dah buat tempahan via Agoda. Bilik single ni aku tempah kat Agoda RM28.30/night, so quite cheap. At the same time aku book kat dia siap-siap van untuk pergi ke Krabi esok. Harga 250 baht. Van akan datang dalam pukul 8.00 pagi. Kalau kita dah merancang untuk pergi kemana-mana, especially route yang jauh, better beli tiket bas/van awal, supaya tak kelam kabut or tak risau tiket habis, and also boleh manage masa kita.


Lobi Cathay Guesthouse. Simple yet cheap.


Tilam keras haha..


View dari bilik yang whatever.

Lepas check-in aku pun terbungkang tidur. Walaupun katil keras and bunyi kenderaan hon2 kat luar bising ya amat, aku berjaya tidur dengan lena, pukul 3 petang macam tu baru terjaga haha. Lepas bangun mandi siap-siap semua, lets go merayau. Memang aku dah plan hari ni akan ke Klonghea Floating Market and merayau2 kat pekan je. Nothing much to do in Hatyai, so much more waiting for me at Krabi and Phuket hiks. 

Keluar je dari guesthouse nak cari jalan ke Lee Garden Plaza, aku sesat lagi, tak tahu la kenapa aku susah sangat nak ingat jalan. Tapi aku redah je haha, jumpe balik Lee Garden Plaza. Spepanjang jalan tu banyak peniaga jual cenderahati, makanan semua. Ada sorang mamat India ni jual pancake. So aku try la beli banana choc pancake.


Pasang lagu hindustan kau..haha

Sedap ke?Boleh la..

Em boleh la sedap jugak, tapi minyak dia nauzubillah. Nasib die lapik dengan kertas so menyerap la minyak2 tu. Harga dalam 35 baht. Lepas makan tepi jalan sambil berdiri aku pun round-round lagi. Agak2 bosan aku pun tanya pakcik Tu-Tut nak pergi Klonghea Floating Market berapa baht. Dia cakap 500 baht, aku nego dengan dia cakap aku sorang je ni 400 baht boleh tak. Nasib boleh so naiklah aku sorang2 Tu-Tut ti pegi Klonghea Floating Market. Like a boss yaww. Perjalanan ke Klonghea Floating Market amek masa dalam 15 minute mcm tu. Keluar masuk lorong akhirnya sampai. 


Pintu gerbang ke parking kereta dalam ni..dasyat

Again, Im so disappointed with the picture quality. Damn

Nampak tak, banyak perahu tepi sungai..hehe agak ramai la pengunjung2 pasar ni, and mostly Malaysian. I'm not feel at oversea at all uolls ahak. Makanan pun boleh tahan, menarik2 je semua, harga pun menarik..

Di tepian sungai

Nasi lema' ayam, lauk ayam kari.

Cute little fried prawn dalam sampan

Air carrot susu dalam tembikar Hello Kitty. Suwet sangat.


Apa tu makcik..

Along the river.

Cute little sushi. Tapi tak sedap. Manis pula.

Goreng hape tak tau..

Sushi pelbagai jenis.


Jom makan weeeee...

Lepas aku round ke depan ke belakang lebih kurang sepuluh kali sampai bosan, maka aku pun nak balik lah. Perut dah penuh, hati dah girang, aku pun melangkah ke arah Tut-Tut yang hantar aku tadi. Oh 400 baht yang den bayor tadi tu untuk pergi dan balik ye. Senang tak payah kelam kabut hehe. Klonghea Floating Market ni hanya dibuka petang Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Hari lain tak bukak ye kbai.

Tut-Tut kentut

Pastu bergerak la aku balik ke pekan. Dia hantar aku balik betul2 kat depan Lee Garden Hotel. Naik Tut-Tut memang best, tapi kadang-kadang tu rasa nak tercampak keluar je dari Tut-Tut sebab bawak laju sangat hehe.

Picture randomly taken

Sampai je depan Lee Garden Hotel dah gelap. Padahal waktu tu baru pukul 6.00 ptg (waktu Thai). Aku pun round-round jalan2 menghabiskan masa sambil cari makanan lagi hihi.

Udang galah goreng. Bapak besar dan mahal. Tak ingat berapa dalam 200 baht kot seekor.

Ayam goreng bertingkek tingkek gak yang sedap. Affordable dan kenyang. Berapa baht tak ingat. 50 baht kot.

The Hulk

Man size ultraman. Balik bawak bagi Amin.

Good night Hatyai.

Dah habis round2, aku pun pulang ke guesthouse nak berehat. Esok nak ke Krabi pulak. Overall Hatyai ok la untuk first timer solo backpacker nak merasa suasana oversea sangat. Hehehe, but nothing much to do. Banyak lagi tempat menarik sebenarnya kat Hatyai macam air terjun, rumah salji dan sebagainya. Tapi aku tak minat sangat, aku minat lagi pergi tempat yang banyak natural view macam beaches, gunung ganang dan sebagainya. And aku suka memerhati dan bergaul dengan rakyat tempatan untuk kenal lebih mendalam diorang punya lifestyle, culture etc. And of course the food. 

Sebagai rumusan untuk hari pertama, sila lihat table below. Hehe. Ok see ya for the 2nd day. Adios.

Brief summary for day 1




2 comments: